Tuesday, 6 October 2015
Monday, 28 September 2015
BAB 5:KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
PENGENALAN
- Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum.
- Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.
- Penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara.
- Konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum.
KONSEP-KONSEP DALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
- Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam.
- Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza.
•ETNIK:
Satu kelompok manusia yang
mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang
hampir sama
dari segi aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara pakaian, pola keluarga,
orientasi politik dan juga pandangan yang
berbeza.
•KAUM:
Pelbagai kaum yang
wujud di
Negara ini seperti malayu, cina, india, sikh, dan siam.Di
Sarawak dan
Sabah pula terdiri daripada Melanau, Iban,
Dayak, Dusun, Kadazan dan
sebagainya.
Gambar kaum utama di Malaysia
KONSEP-KONSEP
PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK
- Prejudis
- Pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka
- Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
3. Diskriminasi
- Perbuatanmembeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskanciri-cirietnik.
4. Etnosentrik
- Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu .Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.
5. Etnosentrisme
- Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik daripada budaya lain.
6.Ras
- Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.
7. Rasisme
- Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.
8. Bangsa
- Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah ,tradisi dan budaya ,Bahasa serta kadang kala agama.
· SEGREGASIMemperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu.Orang Melayu,Cina dan India dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.Sistem pendidikan ketiga tiga kaum ini juga berbeza.Orang Melayu tinggal di kampung-kampung,pedalaman,dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani dan bersekolah di Sekolah MelayuOrang Cina tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar.Bekerja sebagai peniaga serta pelombong dan bersekolah di Sekolah Cina.Orang india tinggal di ladang dan dikawasan estet.Bekerja sebagai buruh dan penoreh getah dan bersekolah di Sekolah Tamil.
· AKOMODASIProses dimana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup,masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C
· AKULTURASISuatu proses pnerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac=Cab
· ASIMILASIProses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(dominan)
· AMALGAMASISatu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu Berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum Formula konsep ini ialah A+B+C=D(kelompok baharu)
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
·
. KAUM MELAYU
Ditafsir sebagai penduduk asal TANAH MELAYU.Bagi
negeri negeri di pantai timur Semenanjung,penduduk Tanah Melayu lebih ramai
tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan dan bertani.Penguasaan ekonomi orang
melayu terhadap sector negeri masing masing merosot setelah campur tangan
British.Kemasukkan buruh asing secara ramai ramai telah menggalakkan kemunculan
Bandar baru seperti TAIPING,IPOH,PORT WELT,TAPAH dan KAMPAR.Kaum melayu kekal
di Bandar Bandar tradisi atau perkampungan masing masing.Masyarakat melayu
tidak digalakkan untuk menyertai sector ekonomi moden.alasan british ialah agar
adat resam dan tradisi dikekalkan dan tidak terganggu.
· . KAUM CINA
Sebelum
kedatangan British bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil dan hanya
berniaga sahaja.Pengambilan masyarakat cina diambil secara beramai ramai
selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada
tahun 1786. Selain aktiviti perlombongan,kemasukan orang cina disalurkan
melalui aktiviti perladangan lada dan gambir.Dibawa
masuk ke Johor melalui system Sistem Kangchu
·
KAUM
INDIA
Penghijrahan berlaku secara besaran
mulai tahun 1840-an Bekerja sebagai buruh dan peladang .Sistem yang paling
popular dalam usaha membawa masuk buruh india ialan Sistem Kangani.Wujud system
dipanggil Sistem Kontrak Di lading getah.
Subscribe to:
Posts (Atom)