Monday 28 September 2015

BAB 5:KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN



PENGENALAN
  • Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang berbilang bangsa dalam erti kata yang sebenar adalah bergaul tetapi tidak bercantum.
  • Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidup yang tersendiri.
  • Penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara.
  • Konsep masyarakat majmuk oleh Furnival tidak lagi sesuai dengan negara ini ekoran percantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini dapat dilihat dengan jelas tanpa mengira kaum

  KONSEP-KONSEP DALAM   HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK

  • Semua negara bangsa pada hari ini terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik dan adat resam.

  • Setiap etnik atau kaum itu pula sudah pasti mempunyai ciri yang berbeza.
  •  
 Takrif Etnik dan Kaum 

ETNIK:
 Satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama 

 dari segi aspek adat resam, bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara pakaian, pola keluarga,

orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.


KAUM:
Pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti malayu, cina, india, sikh, dan siam.Di 

Sarawak dan Sabah pula terdiri daripada Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan  

sebagainya.




Gambar kaum utama di Malaysia








KONSEP-KONSEP PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK




  1. Prejudis

  • Pandangan negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang tepat dan tidak diluahkan secara terbuka
    2. Streotaip

  • Kenyataan umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
    3. Diskriminasi

  • Perbuatanmembeza-bezakan seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskanciri-cirietnik.


    4. Etnosentrik
  • Perasaan kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu .Wujud budaya yang menyatukan mereka sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.


   5. Etnosentrisme
  • Perasaan bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik daripada budaya lain.


    6.Ras
  • Kelompok sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau biological seperti warna kulit , rambut dan mata.


  7. Rasisme
  • Pandangan sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri fizikal.


   8. Bangsa 
  • Satu kumpulan atau ras yang berkongsi sejarah ,tradisi dan budaya ,Bahasa serta kadang kala agama.




TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI
·       SEGREGASI
Memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di tanah melayu.Orang Melayu,Cina dan India dipisahkan tempat tinggal dan diberi pekerjaan yang berbeza-beza.Sistem pendidikan ketiga tiga kaum ini juga berbeza.Orang Melayu tinggal di kampung-kampung,pedalaman,dan pesisir pantai.Bekerja sebagai petani dan bersekolah di Sekolah MelayuOrang Cina tinggal di pinggir Bandar dan kawasan Bandar.Bekerja sebagai peniaga serta pelombong dan bersekolah di Sekolah Cina.Orang india tinggal di ladang dan dikawasan estet.Bekerja sebagai buruh dan penoreh getah dan bersekolah di Sekolah Tamil.
·       AKOMODASI
Proses dimana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup,masing-masing. Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C

·       AKULTURASI
Suatu proses pnerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh orang Melayu semasa hari raya Formula bagi konsep ini ialah Abc+Bac=Cab
·       ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama Formula bagi konsep ini ialah A+B+C=A(dominan)
·       AMALGAMASI
Satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu Berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum Formula konsep ini ialah A+B+C=D(kelompok baharu)


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA



·             .   KAUM MELAYU

Ditafsir sebagai penduduk asal TANAH MELAYU.Bagi negeri negeri di pantai timur Semenanjung,penduduk Tanah Melayu lebih ramai tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan dan bertani.Penguasaan ekonomi orang melayu terhadap sector negeri masing masing merosot setelah campur tangan British.Kemasukkan buruh asing secara ramai ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar baru seperti TAIPING,IPOH,PORT WELT,TAPAH dan KAMPAR.Kaum melayu kekal di Bandar Bandar tradisi atau perkampungan masing masing.Masyarakat melayu tidak digalakkan untuk menyertai sector ekonomi moden.alasan british ialah agar adat resam dan tradisi dikekalkan dan tidak terganggu.

·          .        KAUM CINA
Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat cina adalah terlalu kecil dan hanya berniaga sahaja.Pengambilan masyarakat cina diambil secara beramai ramai selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786. Selain aktiviti perlombongan,kemasukan orang cina disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir.Dibawa masuk ke Johor melalui system Sistem Kangchu

·       KAUM INDIA
Penghijrahan berlaku secara besaran mulai tahun 1840-an Bekerja sebagai buruh dan peladang .Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh india ialan Sistem Kangani.Wujud system dipanggil Sistem Kontrak Di lading getah.







 


No comments:

Post a Comment